“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”

I'm a Shaklee Independent Distributor

I'm a Shaklee Independent Distributor
| ID 880307 | +6012-2612218 | akirahumaira@gmail.com | Melaka| Delivery throughout Malaysia

13 March 2012

Tips didik anak solat




Di antara tips-tips agar anak rajin solat walaupun masih kecil.

1. Doa agar mendapat anak yang sentiasa solat. Baca doa ini dengan kuat agar mereka mendengarnya.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."


"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."


2. Membiasakan anak-anak dengan solat mengikut peringkat umur

0-2 tahun,

• letak anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia dapat melihatkan kita solat dari kecil

• Berkata padanya , "Sayang, ibu/ayah nak solat sekejap ye.."

2-4 tahun,

• Ajak mereka untuk solat sama (kalau mereka tak mahu ikut, jangan paksa). Biar mereka terbiasa dengan ajakan kita

• Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok pada anak lelaki dan apabila dipakaikan katakan padanya, "Amboi, cantiknya anak ibu/ayah ni pakai tudung/kopiah"

• Berikan pujian dan pelukan sayang apabila mereka ikut bersolat walaupun sebentar sahaja. Katakan padanya " Solehnya anak ibu/ayah hari ni. Alhamdulillah anak ibu/ayah ni solat sama"

• Usah dimarahi anak jika memanjat kita semasa solat. Cucu Rasulullah juga pernah berbuat demikian da Rasulullah tida memarahi mereka. Nasihatilah mereka dengan lemah lembut dan bijaksana

• Tidak boleh memarahi mereka dan berkata "Pergi main jauh-jauh. Ibu/ayah mahu solat" kerana ditakuti mereka menganggap solat ini untuk orang dewasa sahaja.

5-6 tahun

• Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul

• Ajak mereka ke masjid atau surau sekali sekala

• Terangkan kepentingan solat dalam Islam

• Ceritakan kelebihan dan ganjaran orang yang solat

• Berikan pendedahan tentang solat melalui media seperti buku, video atau nasyid

• Sediakan carta solat dan berikan sticker setiap kali berjaya laksanakan solat

• Biasakan bertanya soalan " Anak ibu/ayah dah solat?" supaya mereka tahu solat juga penting dalam rutin harian sama seperti makan, minum, mandi dsb.

7-10 tahun

• Katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"


Melentur buluh biar dari rebungnya. Semoga usaha kita mendidik anak menjadi soleh/solehah diterima oleh Allah.

Sumber: Tips dipetik daripada link http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/4149-tips-mengajar-anak-solat.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...